Follow Jika Kamu Suka Blog Ini

09 January 2013

Takdir Terindah


Kehidupan kadangkala memang aneh.

Bagaimana susah payah kita berusaha mendapatkan sesuatu, seringkali itu juga kita akhirnya kecewa dan buntu. Tapi bilamana kita sudah putus asa dan berhenti berharap, takdir datang membawa berita bahagia di saat kita tak terduga

Alhamdulillah... sedang belajar menerima takdir terindah ini
Bukan sedikit air mata tumpah kerananya
Bukan sedikit doa kupanjatkan padaNya
Bukan sedikit luka hati yang kutanggung dek kerana sindiran mereka

Akhirnya.. 10 tahun penantian sudah berakhir dengan senyuman paling manis
Semoga Allah permudahkan segalanya untukku...
Semoga Allah lindungi jasad dan rohmu yang mendiami tubuhku
Sehingga dapat kudengar tangisan pertama darimu.....

Nota Kaki:
Terima kasih Ya Allah

19 comments:

UniMeOw said...

alhamdulillah...:)

Aidah said...

Alhamdulillah. Allah sangat kasihkan kita tapi kita je yang selalu lupa kan. Akak berdoa semoga ida selalu dirahmati Allah. Amin.

Suara Kalbu said...

Unimeow..

Terima kasih dear

Suara Kalbu said...

Kak Aidah,

Terima kasih kak. Masih sedang belajar nak terima berita gembira ni. Tak terzahir dek kata-kata

MamaBetty said...

Alhamdulillah! Tahniah ida! Mmg berita yg sgt2 menggembirakan..jaga diri ya..doakan kita juga ya!

~mrs azmi~ said...

ALHAMDULILLAH.. TAHNIAH IBU!


kami doakan semua selamat hingga keakhirnya ya..

~mrs azmi~ said...

positifkah?! tahniah ibu!!

moga selamat semua ya


Dayya Dayyanna said...

Alhamdulillah. Tahniah akak. *hugs*
:)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. tahniah ida.. akak tumpang bahagia dan gembira dgn takdir terindah milik ida dan suami.. syukur.. take care ya..

ctpayong said...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...syukur! syukur! syukur! Ya Rabb. uwahhh...tak lama lagi aku bakal bergelar nenek.

indahnya takdir.

mama awisy said...

tahniah kak..terasa nak nangis kegembiraan. take care

Suara Kalbu said...

MamaBetty,

Thanks dear. Insya Allah... kesabaran itu manis ganjarannya. Ida doakan untuk awak juga.. :-)

Suara Kalbu said...

Mrs Azmi,

Terima kasih. Teruja tapi masih dalam fasa berjaga-jaga

Suara Kalbu said...

Dayya Dayyana,

Thanks dik. Lama sudah akak tak mengunjungi tulisan hati kamu :-)

Suara Kalbu said...

Hanis Azla,

Terima kasih kak :-) .

Suara Kalbu said...

Ibu Ct Payong,

Takdir yang manis memang indah :-) Terima kasih atas titipan doa ibu selama ni

~Beb~ said...

Eh hiba nya bace. Tahniah lgi skali. Tompang gmbira

Suara Kalbu said...

Beb,

Terima kasih atas komen awak dan berkunjung ke blog saya :-)

Suara Kalbu said...

Unimeow,

Alhamdulillah. Tkasih a lots

PESAN TUAN TANAH

Blog ini adalah milik peribadi penulis. Segala tulisan dan gambar adalah milik penulis melainkan ada dinyatakan/diletakkan link asal dimana ianya diambil.

Memandangkan blog ini adalah luahan peribadi penulis maka ianya tidak bersangkut paut dengan mana-mana pihak kecuali dinyatakan secara jelas nama/tempat ianya dirujuk. Pembaca dilarang untuk membuat copy paste sebarang hasil karya ASAL dan juga GAMBAR PERIBADI di dalam blog ini dengan apa jua niat tanpa kebenaran dari penulis.

Sebarang komen anonymous dengan tujuan melaga-lagakan, berunsur fitnah, hasutan/perkauman dan sebagainya tidak akan disiarkan.

SILA AMBIL PERHATIAN SERIUS BAHAWA ANDA TIDAK PERNAH DIPAKSA UNTUK MENYUKAI KANDUNGAN SERTA PENULISAN DI BLOG INI

Sila tinggalkan ruangan ini dengan AMAN jika anda tidak suka dengan penulisan yang dimuatkan.


Terima kasih untuk kehadiran dan sokongan anda


Related Posts with Thumbnails